ENAKMEN 13 TAHUN 1984
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1984

BAHAGIAN IV - NAFKAH ISTERI, ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 70. Kuasa bagi Mahkamah memerintahkan cagaran bagi nafkah seseorang anak

(1) Mahkamah boleh, apabila memerintahkan pembayaran nafkah untuk faedah seseorang anak, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau sebahagian daripadanya dengan meletak hak apa-apa harta pada pemegang-pemegang amanah dengan amanah supaya membayar nafkah itu sebahagiannya daripada pendapatan harta itu.

(2) Kemungkiran mematuhi perintah menghendaki orang yang bertanggungan membayar nafkah itu meletak hak apa-apa harta pada pemegang amanah bagi maksud subseksyen (1) boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan terhadap Mahkamah.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.