ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN II
MAJLIS UGAMA ISLAM NEGERI SABAH



Seksyen 10. Keahlian Majlis.

(1) Majlis hendaklah terdiri daripada ahli-ahli yang berikut -

(2) Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan ahli-ahli yang dinyatakan di bawah perenggan (h) subseksyen (1) hendaklah yang beragama Islam dan dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri bagi apa-apa tempoh, tidak melebihi tiga tahun, sebagaimana yang ditentukan oleh Yang di-Pertua Negeri.

(3) Seseorang ahli yang tempoh jawatannya telah habis tempoh boleh dilantik semula.

(4) Jika pada bila-bila masa orang yang memegang jawatan yang disebut dalam perenggan (d) hingga (f) ialah orang bukan Islam, Yang di-Pertua Negeri atas nasihat Menteri hendaklah melantik seorang pegawai lain yang adalah seorang Islam dari jabatan atau kementerian yang sama untuk menjadi ahli bagi menggantikan orang tersebut.

(5) Orang-orang yang, sebelum sahaja mula berkuatkuasanya seksyen ini adalah Yang di-Pertua, Timbalan Yang di-Pertua, dan ahli-ahli yang dilantik bagi Majlis Ugama Islam Negeri Sabah hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, masing-masingnya terus menjadi Pengerusi, Timbalan Pengerusi, dan ahli-ahli Majlis sehingga habis tempoh pelantikan mereka.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.