ENAKMEN 4 TAHUN 2001
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (TERENGGANU) 2001
BAHAGIAN VII - INTERPLIDER
Seksyen 58. Cara membuat permohonan.
(1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat melalui saman dalam Borang MS 12 atau MS 13, mengikut mana-mana yang sesuai.
(2) Tertakluk kepada subseksyen (3), suatu saman di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan bahawa pemohon itu-
(a)
tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan selain caj atau kos;
(b)
tidak berpakat-sulit dengan mana-mana pihak menuntut dalam hal perkara itu; dan
(c)
sanggup membayar atau memindahkan hal perkara itu ke dalam Mahkamah atau membereskannya sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
(3) Jika pemohon ialah seorang bailif, dia tidak boleh memberikan apa-apa afidavit yang disebut dalam subseksyen (2) melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.