ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 155. Prosedur ganti.

Jika Mahkamah dalam mana-mana kes berpendapat bahawa orang yang dituduh dengan kesalahan-kesalahan yang disebut di dalam seksyen 153 yang telah dilakukan dalam pandangan atau di hadapannya, lebih baik diuruskan mengikut perjalanan biasa undang-undang, Mahkamah itu selepas merekodkan fakta-fakta yang menyebabkan kesalahan itu dan kenyataan orang yang dituduh seperti yang disebut itu, boleh mengarahkan supaya orang yang dituduh itu didakwa dan boleh meminta jaminan untuk kehadiran orang yang dituduh itu di hadapan Kadi atau jika jaminan yang mencukupi tidak diberi, boleh menghantar orang yang di bawah jagaan itu kepada Kadi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.