ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 4 - PROSIDING DALAM KES KESALAHAN-KESALAHAN TERTENTU YANG MENJEJASKAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 179. Hakim tidak boleh membicarakan kesalahan tertentu yang dilakukan di hadapannya.

Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam seksyen 173 dan 178, seseorang Hakim tidak boleh membicarakan mana-mana orang untuk apa-apa kesalahan sekiranya kesalahan itu dilakukan di hadapannya atau sebagai penghinaan kepada kuasanya, atau dengan pengetahuannya dalam masa menjalankan prosiding kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.