ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 80. Beban membuktikan masih hidup orang yang tiada apa-apa khabar telah didengar selama tujuh tahun.

Tertakluk kepada Hukum Syara' dan mana-mana peruntukan undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati, dan ada dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar tujuh tahun dari masa ia hilang oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya ia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa ia masih hidup adalah terpindah kepada orang yang mendakwa demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.