ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 13. Perlantikan sementara.

(1) Jika sekiranya atas sebab ketiadaan sementara atau pun atas sebab keuzuran mana-mana ahli Majlis, Duli Yang Maha Mulia Sultan, boleh melantik seseorang lain buat sementara waktu menggantikannya dan ahli yang diganti hendaklah diberitahu secara bertulis akan perlantikan penggantinya.

(2) Perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah tamat tujuh hari selepas ahli yang diganti memberi notis bertulis kepada Yang Dipertua akan meneruskan tugasnya semula.

(3) Satu salinan notis di bawah subseksyen (2) hendaklah juga diberi kepada ahli sementara itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.