Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M
BAHAGIAN VIII
Seksyen 41. Akibat Apabila Hukuman Qisas Tidak Dikenakan.
Apabila hukuman
qisas
tidak dikenakan maka-
(
a
) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman
takzir
kerana melakukan
itlaf-al-udhw
dan
itlaf-solahiyyatu-al-udhw
adalah sepuluh tahun; dan
irsy
yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan kecederaan itu hendaklah sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual II;
(
b
) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman
takzir
dan
irsy
yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan
syajjah
hendaklah sebagaimana yang ditentukan dalam Jadual III; dan
(
c
) tempoh hukuman penjara sebagai hukuman
takzir
dan
irsy
yang akan dikenakan bayarannya kerana melakukan
jurh
hendaklah seperti yang ditentukan dalam Jadual IV.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.