ENAKMEN 2 TAHUN 1986
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH 1986

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVI - MENGENAI RAYUAN-RAYUAN KE MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH



Seksyen 141. Prosedur pada masa pembicaraan.

(1) Apabila rayuan hendak dimulakan untuk pembicaraan pihak merayu, jika hadir, hendaklah didengar terlebih dahulu untuk menyokong rayuan, kemudian pihak menentang, jika hadir, hendaklah didengar terhadapnya, dan pihak merayu hendaklah diberi hak menjawab.

(2) Jika pihak merayu tidak hadir untuk menyokong rayuannya Mahkamah bolehlah menimbangkan rayuannya dan bolehlah membuat perintah sebagaimana ia fikir patut:

Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh menolak untuk mempertimbangkan rayuan atau membuat apa-apa perintah berkenaan dengan kes di mana pihak merayu berada di luar bidangkuasa Mahkamah atau dia tidak menghadirkan dirinya sendiri di hadapan Mahkamah menurut satu syarat yang dikenakan apabila dia dibenarkan jaminan, kecuali atas syarat-syarat sebagaimana yang difikir patut dikenakan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.