ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI DAN ANAK



Seksyen 52. Kuasa Mahkamah untuk memerintah cagaran diberi bagi nafkah.

Mahkamah boleh, menurut budibicaranya, apabila menentukan nafkah, memerintahkan orang yang bertanggungan membayar nafkah itu supaya memberi cagaran bagi kesemua atau apa-apa bahagiannya dengan menyerahkan apa-apa harta kepada pemegang amanah dengan arahan supaya membayar nafkah itu atau sebahagiannya daripada pendapatan harta itu dan tertakluk kepada itu, sebagai amanah bagi orang yang mengamanahkan harta itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.