ENAKMEN 12 TAHUN 1985
ENAKMEN UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN KELUARGA ISLAM

BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Permulaan kepada Perkahwinan



Seksyen 16. Rujukan kepada dan tindakan oleh Hakim Syar'i.

(1) Dalam mana-mana kes berikut, iaitu-


maka Pendaftar hendaklah, sebagai ganti bertindak di bawah seksyen 15, merujukkan permohonan itu kepada Hakim Syar'i yang mempunyai bidangkuasa di tempat perempuan itu bermastautin.

(2) Hakim Syar'i, apabila berpuas hati tentang kebenaran perkara-perkara yang disebut dalam permohonan itu dan tentang sahnya perkahwinan yang dicadangkan itu dan bahawa kes itu adalah kes yang mewajarkan pemberian kebenaran bagi maksud seksyen 7, atau kebenaran bagi maksud seksyen 12(3), atau persetujuannya terhadap perkahwinan itu bagi maksud-maksud seksyen 11(
b), mengikut mana yang berkenaan, hendaklah, pada bila-bila masa selepas permohonan itu dirujukkan kepadanya dan setelah dibayar fee yang ditetapkan, mengeluarkan kepada pemohon kebenarannya untuk berkahwin dalam borang yang ditetapkan.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.