ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN V - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB 3 - PERTUDUHAN



Seksyen 78. Bentuk pertuduhan.

(1) Tiap-tiap pertuduhan di bawah Enakmen ini hendaklah menyatakan kesalahan yang mana tertuduh dipertuduhkan.

(2) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu memberi nama tertentu kepadanya, kesalahan itu boleh diperihalkan dalam pertuduhan dengan nama itu sahaja.

(3) Jika undang-undang yang mewujudkan kesalahan itu tidak memberikannya nama yang tertentu, takrif kesalahan itu hendaklah dinyatakan setakat mana yang perlu supaya tertuduh mengetahui akan perkara yang dia dipertuduhkan.

(4) Undang-undang dan peruntukan undang-undang tentang kesalahan yang dikatakan itu hendaklah disebutkan dalam pertuduhan itu.

(5) Fakta bahawa pertuduhan itu dibuat adalah sama dengan pernyataan bahawa tiap-tiap syarat di sisi undang-undang yang dikehendaki oleh undang-undang bagi mewujudkan kesalahan yang dituduh itu telah dipenuhi dalam kes yang tertentu itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.