ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003

BAHAGIAN IV - MAHKAMAH SYARIAH



Fasal 57. Perlantikan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(1) Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat Majlis dan Ketua Hakim Syarie, boleh melantik tujuh orang Islam untuk membentuk suatu panel tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah.

(2) Seseorang yang dilantik di bawah subseksyen (1) hendaklah memegang jawatan selama tempoh tiga tahun dan boleh dilantik semula.

(3) Tiap-tiap perlantikan di bawah subseksyen (1) hendaklah disiarkan dalam Warta.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.