ENAKMEN 12 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1994

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 95. Soalan-soalan memimpin.

Apa-apa soalan yang membayangkan jawapan yang orang yang mengemukakan soalan itu berkehendak atau menjangka mendapat atau yang membayangkan fakta-fakta yang dipertikaikan yang saksi itu dikehendaki memberi keterangan adalah disebut soalan memimpin.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.