ENAKMEN 9 TAHUN 1983
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1983

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PENYELIA UGAMA DAN KUASA-KUASA MEREKA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 64. Buku harian mengenai tindakan dalam penyiasatan.


(1) Tiap-tiap Penyelia Ugama yang membuat penyiasatan
di bawah Bab ini hendaklah dari hari ke hari mencatatkan tindakan-tindakannya di dalam buku harian penyiasatan dengan menyatakan-



(2) Walau apa-pun yang diperuntukkan dalam Akta keterangan 1950, seseorang yang dituduh tidaklah berhak sama ada sebelum atau dalam masa penyiasatan atau pembicaraan dijalankan meminta atau memeriksa buku harian penyiasatan itu:

Dengan syarat bahawa jika Penyelia Ugama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada buku harian itu bagi maksud seksyen 159 atau 160 Akta tersebut maka catatan yang hanya telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dituduh itu, dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.