ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003
BAHAGIAN X - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 118. Jawatankuasa Tauliah.
(1) Majlis hendaklah melantik suatu jawatankuasa bernama Jawatankuasa Tauliah, yang hendaklah terdiri daripada—
(a)
Setiausaha Majlis, sebagai Pengerusi; dan
(b)
tidak kurang daripada tiga orang dan tidak lebih daripada tujuh orang yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan kepakaran yang sesuai.
(2) Majlis hendaklah bertanggungjawab bagi melaksanakan keputusan-keputusan Jawatankuasa itu.
(3) Jawatankuasa Tauliah hendaklah mempunyai kuasa untuk memberikan
tauliah
bagi maksud pengajaran agama Islam atau apa-apa perkara tentang agama Islam dan untuk menarik balik
tauliah
itu.
(4) Majlis boleh membuat peraturan-peraturan yang mengadakan peruntukan bagi—
(a)
tatacara, kehendak-kehendak dan perkara-perkara lain berhubungan dengan pemberian
tauliah
di bawah seksyen ini, termasuk fi-fi yang boleh dikenakan;
(b)
tatacara Jawatankuasa Tauliah; dan
(c)
elaun yang patut dibayar kepada anggota-anggota Jawatankuasa itu.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.