Tr. P.U. 4/2002
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (HUDUD DAN QISAS) TERENGGANU 1423H/2002M

BAHAGIAN XI



Seksyen 65. Pemakaian Hukum Syarak Dalam Tafsiran.

(1) Semua kesalahan-kesalahan di bawah Enakmen ini dan peruntukan-peruntukan mengenainya hendaklah ditafsirkan mengikut Hukum Syarak; dan rujukan kepada hukum itu, hendaklah dibuat mengenai apa-apa perkara yang tidak diperuntukan dalam Enakmen ini.

(2) Jika timbul sebarang persoalan atau pertikaian dalam memberi erti sesuatu perkataan, perbahasaan atau rangkaikata mengenai Hukum Syarak, Mahkamah yang membicarakan kes itu hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membuat tafsiran kepada perkataan, perbahasaan atau rangkaikata sedemikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.