ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (PERAK) 2004

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 169. Penyata mengenai perintah

(1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam Borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang penghakiman.

(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain yang berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan dan disenggarakan oleh bailif.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.