ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001

BAHAGIAN XII - PEMANSUHAN DAN PERUNTUKAN PERKECUALIAN



Seksyen 141. Pemansuhan dan peruntukan perkecualian.

(1) Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam, 1991 [Ord. No. 5/91], adalah dengan ini dimansuhkan.

(2) Semua kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran dan pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Ordinan dimansuhkan hendaklah terus berkuat kuasa, setakat yang ia tidak berlawanan dengan Ordinan ini, sehingga dibatalkan oleh atau digantikan dengan kaedah, perisytiharan, perintah, notis, borang, surat kebenaran atau pelantikan yang dikeluarkan atau dibuat di bawah Ordinan ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.