ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB VI - Beban Membukti



Seksyen 80. Beban membuktikan masih hidup orang yang tiada apa-apa khabar telah didengar selama 4 tahun.

Tertakluk kepada peruntukan Hukum Syarak dan mana-mana undang-undang bertulis lain, apabila soalnya ialah sama ada seseorang masih hidup atau telah mati dan ada dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar empat tahun dari masa dia hilang oleh orang-orang yang sepatutnya mendengar khabarnya sekiranya dia masih hidup, maka beban membuktikan bahawa dia masih hidup adalah berpindah kepada orang yang mendakwa demikian itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.