ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN X - ACARA DALAM PEMBICARAAN JENAYAH



Seksyen 197. Tangguhan bicara.


(1) Apabila seseorang dihadapkan di Mahkamah atas sebarang tuduhan pembicaraannya boleh ditangguhkan dari satu masa ke satu masa atas alasan-alasan yang menasabah dan -


(2) Bagi maksud penangguhan kes di bawah seksyen-kecil (1), jika orang yang dihadapkan itu tidak dibenarkan dijamin atas alasan-alasan yang menasabah atau selepas dibenarkan dijamin tidak dapat mengemukakan jaminan atau penjamin sehingga puas hati Mahkamah itu, maka Mahkamah itu bolehlah mengarahkan bagi orang itu ditahan dalam penjara sehingga kesnya tamat dibicarakan atau sehingga ia dijamin.

(3) Seseorang yang ditahan mengikut seksyen-kecil (2), tidak boleh ditahan terus menerus lebih daripada tujuh hari (tidak termasuk hari kelepasan am) sebelum arahan bagi ianya ditahan seterusnya dibuat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.