ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN II - PERNIKAHAN



Seksyen 13. Kebenaran bertulis.

(1) Pendaftar setelah dibuktikan kepadanya dengan ikrar bahawa pernikahan yang dicadangkan itu akan mengikut peruntukan Enakmen ini, hendaklah melalui borang yang ditetapkan, memberi kebenaran pernikahan kepada pihak tersebut.

(2) Jika pernikahan yang dibenarkan di bawah seksyen ini tidak dinikahkan dalam masa satu bulan dari tarikh kebenaran itu diberi kebenaran itu adalah batal.

(3) Pendaftar boleh secara bertulis mewakilkan kuasanya di bawah seksyen ini kepada mana-mana orang dan boleh pada bila-bila masa membatalkan mana-mana perwakilan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.