ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 98. Penggantungan.

Jika plaintif telah menarik balik prosiding di bawah seksyen 96 dan dia adalah bertanggungan untuk membayar kos, dan jika sebelum kos itu dibayar, dia kemudiannya memulakan suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama atau yang sebahagian besarnya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan prosiding dalam tindakan itu digantung sehinggalah kos itu dibayar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.