ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1991

BAHAGIAN VIII - PELBAGAI
PERINTAH SUPAYA HIDUP BERSAMA SEMULA



Seksyen 119. Permohonan oleh isteri yang ditinggal langsung.

Jika seseorang telah tidak lagi hidup bersama dengan isterinya mengikut cara yang dikehendaki oleh Hukum Syarak, isteri itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan perintah supaya orang itu hidup bersama semula dengan isterinya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.