ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Qarinah



Seksyen 14. Fakta yang menunjukkan wujudnya keadaan fikiran atau keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh.

Fakta yang menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan fikiran, seperti niat, pengetahuan, suci hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat, atau niat baik terhadap seseorang tertentu, atau menunjukkan wujudnya sesuatu keadaan tubuh badan atau perasaan tubuh, adalah qarinah apabila wujudnya sesuatu keadaan fikiran atau tubuh badan atau perasaan tubuh itu menjadi persoalan atau relevan.

MISALAN





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.