ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT
BAB VI



Seksyen 62. Penggeledahan oleh Pegawai Penguatkuasa Agama.

(1) Jika seseorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang membuat penyiasatan menimbangkan bahawa apa-apa dokumen atau benda lain adalah perlu dikemukakan bagi menjalankan penyiasatan atas apa-apa kesalahan yang dia berkuasa menyiasat dan ada sebab untuk mempercayai bahawa:
pegawai itu boleh menggeledah atau menyebabkan penggeledahan dibuat untuk mendapatkan dokumen atau benda itu di mana-mana tempat.

(2) Pegawai tersebut hendaklah, jika praktik, menjalankan penggeledahan itu sendiri.

(3) Jika ia tidak berupaya menjalankan penggeledahan itu sendiri, dia boleh menghendaki mana-mana Pegawai Penguatkuasa Agama membuat penggeledahan itu, dan dia hendaklah menyerahkan kepada pegawai itu suatu perintah secara bertulis menentukan dokumen atau benda lain yang mana penggeledahan itu dibuat dan tempat yang hendak digeledah itu dan pegawai itu boleh kemudiannya menggeledahkan untuk barang tersebut di tempat yang disebutkan.

(4) Peruntukan Enakmen ini mengenai waran penggeledahan hendaklah, setakat mana yang boleh, dipakai kepada penggeledahan yang dibuat di bawah seksyen ini.







Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.