ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XII - ACARA AM



Seksyen 236. Peguam.


(1) Mana-mana Peguam-peguam Melayu Kerajaan Persekutuan dan mana-mana Peguam Melayu yang mempunyai 'Sijil Amalan' yang sah di bawah Akta Profesion Undang-undang, 1976, boleh hadir dan menjadi wakil bagi sesuatu pihak dalam mana-mana Mahkamah.

(2) Selain daripada peguam-peguam yang disebut dalam seksyen-kecil (1), mana-mana peguam-peguam yang berugama Islam yang lain sama ada yang berdaftar di bawah Akta Profesion Undang-undang 1976 atau tidak dan mana-mana orang yang berugama Islam, yang difikirkan layak oleh Majlis boleh juga hadir dan menjadi wakil bagi sesuatu pihak dalam mana-mana Mahkamah.

(3) Kecuali orang-orang yang disebut dalam seksyen-kecil (1), tiap-tiap orang-orang yang disebut dalam seksyen-kecil (2) hendaklah mempunyai satu sijil yang dikeluarkan oleh Majlis dan ditandatangani oleh Yang di-Pertua dengan bayaran sebagaimana yang ditetapkan. Sijil ini hendaklah dinamakan 'Sijil Kehadiran'.

(4) Sijil kehadiran yang dikeluarkan di bawah seksyen-kecil (3) hendaklah sah digunakan selama satu tahun dari tarikh ianya dikeluarkan:

Dengan syarat Majlis boleh pada bila-bila masa memansuhkannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.