ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 9. Kuasa untuk meminjam.

(1) Majlis boleh, dengan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, meminjam apa-apa jumlah wang yang mungkin diperlukannya untuk menunaikan mana-mana fungsinya di bawah Enakmen ini.

(2) Jumlah wang yang dipinjam menurut kuasa subseksyen (1) hendaklah dibayar ke dalam Baitulmal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.