ENAKMEN 2 TAHUN 1989
ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
BAHAGIAN I - PERMULAAN
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.
(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989.
(2) Enakmen ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam
Warta
.
(3) Duli Yang Maha Mulia Sultan boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi berkuatkuasanya
bahagian-bahagian yang berlainan Enakmen ini.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.