ENAKMEN 16 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI JOHOR) 2003
BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR
Fasal 13. Pembatalan perlantikan.
Duli Yang Maha Mulia Sultan, atas nasihat Menteri Besar, boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota Majlis jika –
(a)
kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugas-tugasnya sebagai anggota atau selainnya, adalah kelakuan yang memburukkan nama Majlis;
(b)
dia telah menjadi tidak berupaya untuk menjalankan tugas tugasnya dengan sempurna sebagai anggota;
(c)
tanpa apa-apa alasan yang mencukupi pada pendapat Pengerusi, dia telah tidak menghadiri tiga mesyuarat Majlis secara berturut-turut;
(d)
dia telah bertindak bertentangan dengan kepentingan Majlis; atau
(e)
dia diisytiharkan muflis.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.