BAHAGIAN III - MAKLUMAT KEPADA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA DAN KUASA-KUASA MENYIASAT BAB VI
(2) Walau apa pun yang diperuntukkan dalam undang-undang bertulis mengenai keterangan, seseorang yang dituduh tidak berhak, sama ada sebelum atau dalam masa siasatan atau perbicaraan dijalankan, meminta atau memeriksa buku harian penyiasatan itu:
Dengan syarat bahawa jika Pegawai Penguatkuasa Agama yang telah membuat penyiasatan merujuk kepada buku harian itu maka catatan setakat yang telah dirujuk oleh pegawai itu sahaja hendaklah ditunjukkan kepada yang dituduh dan Mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangannya atau dipadamkan.