ENAKMEN 10 TAHUN 1996
ENAKMEN KAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM 1996
BAHAGIAN V - AKAUN SEKOLAH
Seksyen 18. Tanggungjawab Bendahari.
(1) Bendahari adalah bertanggungjawab atas semua urusan kewangan sekolah dan hendaklah
---
(a)
memasukkan dengan segera semua wang yang diterima ke dalam akaun bank;
(b)
mengeluarkan resit bagi setiap penerimaan wang oleh sekolah;
(c)
menyenggarakan buku-buku akaun mengikut apa-apa arahan Pendaftar dari semasa ke semasa;
(d)
menyebabkan disediakan suatu penyata tahunan penerimaan wang dan perbelanjaan yang dibuat dan suatu kunci kira-kira bagi tahun terdahulu; dan kemudiannya mengemukakannya kepada Jemaah sebelum diauditkan; dan
(e)
mengemukakan kepada Pendaftar penyata tahunan yang telah diauditkan.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.