ENAKMEN 13 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 3 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA KEHADIRAN
Waran Tangkap



Seksyen 34. Waran: kepada siapa ditujukan

(1) Sesuatu waran tangkap hendaklah pada lazimnya ditujukan kepada Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan semua Pegawai Penguat Kuasa Agama yang lain, dan mana-mana pegawai itu boleh melaksanakan waran itu di mana-mana bahagian di Negeri Sembilan.

(2) Mahkamah yang mengeluarkan waran boleh menujukannya kepada Ketua Polis Negara dan semua pegawai polis yang lain di Negeri Sembilan atau mana-mana orang yang dinamakan yang bukan Pegawai Penguat Kuasa Agama atau pegawai polis,dan semua atau mana-mana seorang atau lebih seorang daripada mereka boleh melaksanakan waran itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.