ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN IX - AM



Seksyen 118. Pertukaran nama Mahkamah Kadi.

(1) Apabila sahaja mula berkuatkuasa Enakmen ini, Mahkamah Kadi hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah disifatkan sebagai Mahkamah Rendah Syariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 42 Enakmen ini.

(2) Orang-orang yang sebaik sahaja sebelum berkuatkuasa Enakmen ini memegang jawatan Kadi hendaklah, tertakluk kepada Enakmen ini, disifatkan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan hendaklah mempunyai kuasa di bawah bidangkuasa Mahkamah itu sehingga perlantikan Hakim Mahkamah Rendah Syariah di bawah Enakmen ini dibuat.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.