ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.

(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteknya, menghendaki makna yang lain-

"ahli Kariah" ertinya seseorang yang secara tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid;

"Enakmen 1965" ertinya Undang-Undang Pentadbiran Ugama Islam, 1965 [Enak.11/65] bagi Negeri Perak Darul Ridzuan;

"Hakim Mahkamah Rendah Syariah" ertinya Hakim Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik di bawah seksyen 42(1);

"Hakim Syarie" ertinya hakim yang dilantik di bawah seksyen 41(1);

"Hukum Syara'" ertinya undang-undang Islam dalam Mazhab Shafie atau mana-mana Mazhab yang diiktiraf;

"Jawatankuasa Kariah" ertinya Jawatankuasa Kariah yang ditubuhkan di bawah seksyen 67 (1);

"kariah" atau "kariah masjid" berhubung dengan masjid, ertinya kawasan atau sempadan yang ditentukan di bawah seksyen 63, di mana masjid itu berada;

"Ketua Hakim Syarie" ertinya Ketua Hakim Syarie yang dilantik di bawah seksyen 41 (1);

"Ketua Pendakwa Syarie" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 57 (1);

"Mahkamah" atau "Mahkamah Syariah" ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40;

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak yang ditubuhkan di bawah seksyen 4 (1);

"masjid" dalam seksyen 60, ertinya suatu bangunan atau tempat yang digunakan untuk sembahyang Jumaat, sembahyang waktu dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan, yang diluluskan atau digalakkan oleh Agama Islam, dan dalam seksyen-seksyen lain ertinya mana-mana masjid yang telah diluluskan oleh Majlis dan disenaraikan dalam rekod Jabatan Agama Islam Perak;

"Mufti" ertinya Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan yang dilantik di bawah seksyen 32 dan termasuk Timbalannya;

"orang Islam" ertinya-
"Pegawai Masjid" ertinya seseorang yang dilantik sebagai Imam, Bilal, atau Siak bagi sesuatu masjid di bawah seksyen 64 (1);

"Pegawai Penguatkuasa Agama" ertinya pegawai yang dilantik di bawah seksyen 58;

"Peguam Syarie" ertinya seseorang yang diberi kebenaran sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 59;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dinyatakan dalam seksyen 15 atau sesiapa jua yang menjalankan tugas Ketua Jabatan tersebut;

"Yang Dipertua" ertinya Yang Dipertua Majlis.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan dengan tertentu di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta Pentafsiran 1967[Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing oleh Akta itu setakat mana ia tidak bertentangan dengan Hukum Syara'.

(3) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini yang disenaraikan di dalam Jadual Pertama, rujukan boleh dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan yang ditunjukkan bertentangan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.