ENAKMEN 3 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1991

BAHAGIAN III - MAHKAMAH SYARIAH



Seksyen 62. Perlindungan pegawai kehakiman.

(1) Maka tidaklah menjadi kesalahan bagi apa-apa tindakan yang dilakukan secara kehakiman oleh Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah pada menjalankan apa-apa kuasa yang, atau yang dengan suci hati dipercayainya sebagai, telah diberikan kepadanya oleh undang-undang.

(2) Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau orang lain yang bertindak secara kehakiman tidak boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil mengenai apa-apa tindakan yang dilakukannya atau diperintahkan olehnya supaya dilakukan pada melaksanakan tugas kehakimannya, sama ada dalam had bidangkuasanya ataupun tidak, dan juga tiada perintah mengenai kos boleh dibuat terhadapnya, dengan syarat bahawa dia pada masa itu dengan suci hati mempercayai bahawa dirinya mempunyai bidangkuasa untuk melakukan atau memerintahkan supaya dilakukan tindakan itu.

(3) Tidak seorangpun pegawai Mahkamah Syariah atau orang lain yang berkewajipan melaksanakan waran atau perintah sah Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah atau orang lain yang bertindak secara kehakiman boleh didakwa dalam mana-mana Mahkamah Syariah atau mahkamah sivil mengenai perlaksanaan apa-apa waran atau perintah yang dia berkewajipan melaksanakannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.