ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN VI - NAFKAH ISTERI ANAK DAN LAIN-LAIN



Seksyen 79. Kewajipan menanggung nafkah kanak-kanak yang diterima sebagai ahli keluarga.


(1) Jika seseorang lelaki telah menerima seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sebagai seorang ahli keluarganya, maka adalah menjadi kewajipannya menanggung nafkah kanak-kanak itu semasa dia masih seorang kanak-kanak, setakat mana bapa dan ibu kanak-kanak itu tidak berbuat demikian, dan Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang perlu bagi mempastikan kebajikan kanak-kanak itu.

(2) Kewajipan yang ditanggungkan oleh subseksyen (1) hendaklah terhenti jika kanak-kanak itu dibawa pergi oleh bapa atau ibunya.

(3) Apa-apa wang yang dibelanjakan oleh seseorang lelaki pada menanggung nafkah seseorang kanak-kanak sebagaimana dikehendaki oleh subseksyen (1) boleh dituntut sebagai suatu hutang daripada bapa atau ibu kanak-kanak itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.