ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN III - HARTABENDA-HARTABENDA AMANAH DAN KEWANGAN MAJLIS
BAITULMAL



Seksyen 41. Penubuhan Baitulmal.

(1) Suatu dana yang diberi nama Baitulmal adalah dengan ini ditubuhkan. Kumpulan wang itu hendaklah mengandungi semua wang dan hartabenda alih atau takalih yang menurut Hukum Syarak atau peruntukan Enakmen ini atau kaedah-kaedah yang dibuat di bawahnya, diperolehi atau disumbangkan oleh mana-mana orang atau pihak kepada kumpulan wang itu.

(2) Baitulmal yang telah ditubuhkan di bawah Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 1966[En. 2/66], atau mana-mana undang-undang bertulis dan segala harta, sama ada alih atau takalih, hak-hak, tanggungan, pendapatan dan lain-lain yang mengenainya, kecuali mana-mana yang berlawanan dengan Enakmen ini, hendaklah apabila Enakmen ini dikuatkuasakan, menjadi harta, hak-hak, tanggungan dan pendapatan Baitulmal yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3) Semua wang dan hartabenda Baitulmal hendaklah tertakluk kepada Majlis yang akan mentadbirkan semua wang dan hartabenda tersebut menurut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.