ENAKMEN 4 TAHUN 1999
ENAKMEN WASIAT ORANG ISLAM (SELANGOR) 1999
BAHAGIAN IV - PENARIKAN BALIK WASIAT
Seksyen 15. Menarik balik wasiat.
(1) Sesuatu wasiat boleh ditarik balik keseluruhan atau sebahagiannya dengan-
(a)
penarikan balik secara nyata;
(b)
penarikan balik secara tersirat; atau
(c)
membuat wasiat yang baru yang mengatasi wasiat terdahulu.
(2) Sesuatu wasiat hendaklah dianggap sebagai ditarik balik-
(a)
jika pewasiat melakukan sesuatu perbuatan atau mewujudkan suatu keadaan yang menunjukkan dengan qarinah atau urf bahawa dia telah menarik balik wasiatnya; atau
(b)
jika pewasiat telah melupuskan hartanya sehingga habis sama sekali.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.