ENAKMEN 13 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM 1992

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.

(1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 dan terpakai hanya bagi Negeri Sabah.

(2) Enakmen ini hendaklah berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

(3) Menteri boleh menetapkan tarikh-tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya peruntukan- peruntukan yang berlainan dalam Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.