ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 158. Tidak menjalankan tugas-tugas di bawah Enakmen ini.


Sesiapa yang telah dilantik menjadi Amil atau sesiapa yang ditanggungkan mengikut Enakmen ini dengan tugas-tugas untuk mendaftarkan apa-apa perkara kes-kes pembicaraan atau membuat, menyedia, menyimpan atau menjaga daftar menunjukkan bayaran, buku kira-kira, anggaran perbelanjaan, keratan resit, buku, minit mesyuarat, senarai pungutan Khairat atau mengeluarkan suratan keterangan, resit atau salinan yang sah tiada mahu atau sengaja atau tiada membuat tugas-tugasnya itu atau menjalankan dengan secara salah atau tiada betul adalah melakukan satu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada lima ratus ringgit atau penjara tidak lebih daripada tiga bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.