ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXXII - ORANG-ORANG PAPA



Seksyen 244. Mendapat balik fee Mahkamah.

Apabila Mahkamah telah memerintah kos dibayar kepada orang papa dan apa-apa jumlah wang telah didapati balik olehnya dalam tindakan itu atau lain-lain prosiding, semua fee Mahkamah hendaklah menjadi terhutang olehnya seolah-olah ianya bukan seorang papa tetapi hanya sekadar jumlah yang didapati balik itu. Mahkamah boleh enggan membenarkan mana-mana perbicaraan selanjutnya bagi pihak orang papa itu diambil dalam tidakan itu atau lain-lain prosiding sehingga fee Mahkamah tersebut, atau sebahagian darinya telah dijelaskan mengikut mana yang berkenaan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.