ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA



Seksyen 27. Perwakilan kewajipan dan kuasa Majlis.

(1) Majlis boleh, melalui ketetapan, dan tertakluk kepada apa-apa syarat dan sekatan yang difikirkan patut oleh Majlis, mewakilkan kepada Pengerusi atau Setiausaha atau kepada mana-mana jawatankuasa Majlis penunaian mana-mana kewajipannya atau penjalanan mana-mana kuasanya.

(2) Penunaian kewajipan-kewajipan dan penjalanan kuasa-kuasa menurut perwakilan di bawah subseksyen (1) hendaklah tertakluk kepada kawalan dan arahan Majlis.

(3) Pengerusi, Setiausaha, atau jawatankuasa yang kepadanya perwakilan dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah memberitahu Majlis tentang semua tindakan dan perkara yang dilakukan olehnya menurut perwakilan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.