ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal menghina kuasa yang sah di sisi undang-undang bagi penjawat awam



Seksyen 103. Memberi maklumat palsu.

Mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang supaya memberi maklumat mengenai apa-apa perkara kepada seseorang penjawat awam, sebagai yang demikian, memberi sebagai benar, maklumat mengenai perkara itu, yang ia ketahui atau ada sebab mempercayai sebagai palsu, adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya; atau, jika maklumat yang ia terikat di sisi undang-undang supaya memberi itu adalah mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau adalah dikehendaki bagi maksud hendak mencegah sesuatu kesalahan daripada dilakukan atau bagi menangkap seseorang pesalah, hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau dengan kedua-duanya.



Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.