ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Pendapat Orang Lain Bila Berkaitan



Seksyen 35. Bila pendapat tentang tulisan tangan berkaitan.

Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani sesuatu dokumen, maka pendapat seseorang yang biasa dengan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah ditulis atau ditandatangani atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, adalah suatu nyataan yang berkaitan.
MISALAN

Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu daripada A kepada isterinya adalah dengan tulisan tangan A. Keterangan diberi oleh B, setiausaha kepada A, yang selalu membaca tulisan A. Keterangan oleh B itu adalah berkaitan sungguhpun B tidak melihat A menulis surat itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.