ENAKMEN 2 TAHUN 1992
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM 1992

BAHAGIAN VII - KEWANGAN BAlTULMAL



Seksyen 77. Perletakhakan.

(1) Semua wang dan harta yang tertakluk kepada peruntukan seksyen-seksyen 73 hingga 76 dan terletak di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, hendaklah tanpa apa-apa pemindahakan, penyerahakan, atau pemindahmilikan apa jua pun terletakhak pada Majlis dan dalam hal harta tak alih Majlis hendaklah mendaftarkan perletakhakan itu di bawah Kanun Tanah Negara [Akta 56/65 ].

(2) Majlis hendaklah mengambil segala langkah perlu untuk meletakhak pada Majlis bagi maksud-maksud yang bersamaan mana-mana harta sedemikian yang terletak di luar Negeri Perak Darul Ridzuan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.