ENAKMEN 5 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR MAL MAHKAMAH SYARIAH 1991

BAHAGIAN XXVIII - WANG DAN HARTA DALAM MAHKAMAH



Seksyen 211. Pengiriman melalui pos.

(1) Pendaftar boleh dengan budibicaranya dan jika dipohonkan sedemikian mengirim melalui pos apa-apa wang yang hendak dibayar keluar oleh Mahkamah.

(2) Jika wang dikirimkan melalui pos Pendaftar hendaklah mengambil resitnya sebelum kiriman itu dibuat dan risiko pengiriman tersebut hendaklah menjadi tanggungan penerima.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.