ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXII - PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNG DENGAN KETERANGAN



Seksyen 200. Notis perlu diberi bagi pembelaan alibi.

(1) Jika di dalam mana-mana perbicaraan jenayah orang yang dituduh memohon mengemukakan pembelaan alibi, keterangan yang menyokongnya tidak boleh diterima kecuali orang yang dituduh telah memberi notis secara bertulis kepada Ketua Pendakwa Syarie sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum bermulanya perbicaraan.

(2) Notis yang dikehendaki oleh subseksyen (1) hendaklah termasuk butir-butir mengenai tempat di mana orang yang dituduh didakwa dikatakan berada pada masa berlakunya kesalahan di bawah mana dia dituduh, berserta dengan nama dan alamat saksi-saksi yang dia bercadang panggil bagi tujuan mengemukakan alibinya.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.