ENAKMEN 6 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN SYARIAH 1996

BAHAGIAN 3 - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI



Seksyen 96. Bila soalan-soalan memimpin tidak boleh ditanya.

(1) Soalan-soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula kecuali dengan kebenaran mahkamah.

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan-soalan memimpin tentang perkara pengenalan atau perkara yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.