ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI PULAU PINANG



Seksyen 12. Perlantikan Timbalan Setiausaha dan Penolong Setiausaha

(1) Majlis boleh melantik mana-mana pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang sebagai seorang Timbalan Setiausaha dan beberapa orang Penolong Setiausaha sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Majlis.

(2) Timbalan Setiausaha hendaklah, tertakluk kepada arahan dan kawalan Setiausaha, mempunyai segala kuasa dan boleh menjalankan segala tugas Setiausaha di bawah Enakmen ini dan hendaklah semasa Setiausaha tidak ada, bertindak sebagai Setiausaha.

(3) Seseorang Penolong Setiausaha hendaklah tertakluk kepada arahan dan kawalan Setiausaha dan Timbalan Setiausaha, membantu Setiausaha dan Timbalan Setiausaha dalam menjalankan kuasa-kuasa dan tugas-tugas mereka.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.